Loading the player...


INFO:
IMFC-J kini tampil sebagai ‘game-changer’ dalam landskap pelaburan Johor! Jika dahulu proses kelulusan projek mengambil masa hingga 24 bulan atau lebih, kini ia mampu dipercepat kepada hanya 14 bulan, menjadikannya lebih cekap, pantas dan efektif! Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor atas perkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pejabat IMFC-J di Forest City. Syukur Alhamdulillah, Johor terus maju dalam merealisasikan agenda Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sejak perjanjian ini ditandatangani pada 7 Januari 2025. Satu demi satu langkah strategik kini berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh asas ke arah kejayaan JS-SEZ. Perasmian IMFC-J ini bukan sahaja sebagai salah satu langkah penting dalam menjayakan inisiatif JS-SEZ. Ia jelas mencerminkan keseriusan Johor yang bukan sekadar ingin menempatkan diri sebagai pemain utama dalam ekonomi serantau, tetapi hakikatnya Johor sedang mengorak langkah untuk mendominasi kuasa pelaburan global. Seiring dengan penubuhan JS-SEZ, IMFC-J akan merevolusikan landskap pelaburan negeri, mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan kelulusan projek, dan seterusnya memacu limpahan pelaburan berkualiti tinggi yang bakal mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi ke negeri Johor. Insya-Allah, Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan akan terus memacu Johor ke hadapan dengan penuh iltizam, memastikan negeri ini kekal sebagai destinasi pelaburan utama yang berdaya saing. Semoga dengan strategi yang progresif dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kita akan memperkukuh ekonomi, mencipta lebih banyak peluang serta mengukuhkan kedudukan Johor sebagai kuasa ekonomi serantau! Insya-Allah.